Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Awang Karim Kadir : Fenomena masyarakat Sulu dan Suluk Sabah

CATATAN SEJARAH : Tentang fenomena masyarakat Sulu dan Suluk Sabah Awang Karim Kadir Belum ada kajian yang jelas tentang berapa lam...

CATATAN SEJARAH : Tentang fenomena masyarakat Sulu dan Suluk Sabah

Awang Karim Kadir
Belum ada kajian yang jelas tentang berapa lama sudah orang Suluk menghuni pulau Borneo yang kemudian dikenali sebagai negeri Sabah setelah merdeka bersama pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. 

Hanya berdasarkan catatan secara tidak langsung daripada zaman perdagangan secara tukar barang ' Barter Trade' pencarian wilayah baru di zaman kesultanan, pencarian logam emas, damar dan rotan dalam sekitar abad ke-15 ( berdasarkan sasilah Sultan Sulu dan teks Syair Awang Semaun ) 

Kehadiran bangsa Suluk ini diperkuat dengan tercatatnya sejarah perjuangan Tuan Syarif Usman iaitu seorang saudagar dan juga seorang muballig Islam, telah tidak bersetuju dengan sistem penggadaian tanah pesisiran Borneo kepada pihak British oleh kesultanan pada ketika itu, dan tidak sanggup membayar 'cukar kepala' kepada Inggerish sebagai satu penghinaan. 

Penentangan Tuan Syarif Usman terhadap sistem pentadbiran ini berlangsung selama sepuluh tahun ( 1830 - 1840 ) dalam abad yang ke-18. 

Peristiwa penentangan Datu Paduka Muhammad Saleh terhadap pentadbiran Chartered Company sebagai sinambungan perjuangan Pakmannya Syarif Usman yang berlaku dalam tahun 1895 - 1900. 

Sehingga kedatangan tentera jepun pada tahun 1941- 45 dan Datu Mustapha Datu Harun yang menjadi sinambungan perjuangan membela tanah air, memberikan gambaran tentang jasa dan pengorbanan bangsa Suluk di Sabah tak dapat dipertikaikan ( Suluk dalam interpretasi bukan Tao Sug Sulu- tetapi satu kaum yang telah bermastautin di bumi Borneo dan menjadi muslim sejati yang mengamalkan 'bersuluk' dalam fahaman tasyauf ). 

Selepas kemerdekaan negeri Sabah dalam tahun 1963 melalui pembentukan Malaysia yang diperjuangkan oleh almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun bersama rakan karibnya Tun Fuad steven. 

Perjuangan ini diatasnamakan perjuangan suku kaum bangsa Suluk yang diwakili oleh tokohnya Tun Datu Mustapha Datu Harun, sementara Tun Fuad Steven menjadi tokoh yang mewakili suku kaum pelbagai etnik dusun atas nama Kadazan. 

Dua orang tokoh yang berkalibar ini telah berjaya menyatukan pelnagai kaum dan suku dalam satu bangsa yang juga mewakili fahaman dan anutan agama masing-masing, apabila bangsa Suluk ( Muslim ) menjadi simbol perpaduan masyarakat turunan serumpun dan gabungan hampir semua etnik yang berasal dari kepulauan dan perairan Sulu, yang antaranya Sug, Ubian, Ilanun, Iyakan, Kagayan, Simunul, Sibutu, Bajau, Bannaran, Siamal ( Samal ), Laayun, Balabak dan Banginge. 

Sementara bangsa kadazan ( bukan muslim ) merangkumi kumpulan rumpunan etnik suku dusun yang terdiri daripada Dusun, Rungus, Lotud, Tombonuo, Kimaragang, Murut dan Lain-lain. 

Dua orang tokoh politik dan pemimpin masyarakat ini telah berjaya menyatuhkan pelbagai suku kaum etnik dan fahaman agama melalui dua bangsa gabungan di negeri Sabah yang dikenali Bangsa Suluk dan Bangsa Kadazan, sehingga pada satu ketika apabila berlaku perubahan arus kepimpinan politik dan terjadinya pergolakan baru di selatan Filipina, maka dua kumpulan suku bangsa ini pun mula dibayangi keretakan dan kembali menjadi serpihan yang mengecil. 

Dalam sekitar tahun 1971 selatan Filipina telah bergolak apabila berlaku perang antara Tao Sug Mindanau yang menamakan diri mereka Bangsa Islam Moro dengan tentera Kristian Filipina, sehingga memaksa masyarakat bangsa Moro ramai yang terpaksa berpindah ke tanah Borneo mencari perlindungan perang. 

Hakikat dan fenomina ini terpaksa diterima oleh masyarkat dunia khusunya di negeri sabah sebagai satu tanggungjawab kemanusiaan, maka kerajaan negeri Sabah pada ketika itu dibawah pentadbiran Tun Mustrapha terpaksa menerima mereka sebagai Pelarian Perang ( kebetulan mereka itu adalah serumpun dengan Tun Mustapha sebagai bangsa Suluk ) Maka bermulalah satu gelombang kedatangan masyarakat Sulu ke tanah bumi Borneo atas pergolakan dan fenomina itu. 

Perang antara tentera Filipina dengan tentera MNLF bangsa Moro di bawah pimpinan Nur Misuari telah berlangsung begitu lama, dan belum dapat kesepakatan yang muktamad sehingga pada hari ini. 

Melalui peristiwa itu maka masyarakat Sulu Tau Sug, Tabawan, Iyakan, Simunul dan sebagainya yang berada di negeri sabah telah menjadi 'liabliti' kepada kerajaan Malaysia dan rakyat negeri sabah, dari segi perundangan, sosial dan budaya. Fenomina ini telah berlangsung selama lebih dua puluh tahun tanpa kesudahan dan jalan penyelesaian. 

Malah kedatangan rakyat Filipina ke negeri Sabah terus berlaku atas alasan sebagai mangsa perang, walau pun kedatangan mereka sudah membawa motif berlainan sebagai pedatang tanpa izin ( PTI ) datang secara seludup mencari sumber kehidupan dan pekerjaan. 

Kedatangan PTI ini yang mengenalkan diri mereka sebagai bangsa Suluk ( walau pun dari etnik yang lain ) kerana mencari perlindungan kaum, telah menjejaskan maruah dan telah memberikan imej yang buruk kepada orang Suluk Sabah dari perlakuan mereka yang tidak beradab dan tidak lagi berbudaya. 

Sehingga pada saat ini; masyarakat orang Suluk Sabah terus mendapat keaiban daripada fenomina yang berlaku angkara orang-orang dari selatan Filipina yang masih bergolak dan terjerumus dalam kebobrokan politik dan perang yang sia-sia. 

NOTA

Mudah2an artikel pendek ini dapat memperjelas tentang sikap dan budaya pemikiran orang suluk sabah yang setiasa terkait dengan gejala dan perbuatan, serta untung nasib masyarakat selatan sulu filipina; tanpa prejudis dan prasangka serumpun kaum leluhur bangsa.

Tiada ulasan

Latest Articles