Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Sarawak Rangers, pasukan terbaik dunia

Pasukan Elit Pertama Asia Tenggara 1951 (Sarawak Rangers) atau lebih dikenali dengan nama The Headhunter Team. Mereka ini juga pernah...



Pasukan Elit Pertama Asia Tenggara 1951 (Sarawak Rangers) atau lebih dikenali dengan nama The Headhunter Team. Mereka ini juga pernah mendapat mendapat pengiktirafan Pasukan Terbaik Dunia pada ketika itu oleh Sir Gerald Templer. 


Antara kejayaan dan pengiktirafan :
  • Pasukan Penjejak Terbaik Dunia - menewaskan pasukan komunis ketika zaman darurat disekitar Temasik (Singapura), Malaya (Sem. Malaysia), Siam (Thailand).
  • Sebilangannya pernah dihantar ke Vietnam bagi membantu tentera Amerika menentang Viet Kong pada ketika itu.
  • Pasukan yang mempunyai taktik serangan gerila paling digeruni pada ketika itu hinggakan pasukan elite British SAS (Special Air Service) tidak mampu menandingi pasukan ini pada ketika itu dan sebilangan jurulatih SAS ini mendapat latihan tidak formal dari pasukan ini.
  • Pasukan ini juga mampu menewaskan PARAKU/tentera Indonesia yang kebanyakannya kebal/halimunan/ mampu menghilangkan diri ketika era kofantrasi.
  • Pernah diakui oleh mantan presiden Indonesia pada ketika itu."Tentera Iban ini datangnya tidak diundang, saat pergi semua bala tenteraku hilang nyawa. Banyak yang bercerai badan dan kepala. Mereka sungguh pantas hinggakan tidak terlihat oleh mata manusia". - Sukarno
  • Warisan pasukan ini juga bertanggungjawab dalam menjaga keamanan ketika rusuhan kaum pada 13 Mei kerana kebanyakkan mereka berpendirian natural tidak menyebelahi mana-mana kaum.
  • Pasukan ini juga merupakan satu-satunya pasukan keamanan di dunia yang mempunyai kepakaran dalam pertempuran jarak dekat. Diakui oleh KOPASUS (Tentera Elit Indonesia).
Sejarah Penubuhan Rejimen Renjer Diraja

LATAR BELAKANG

Rejimen Renjer Diraja adalah salah satu dari Kor Infantri Tentera Darat, ianya adalah Rejimen yang kedua besarnya dalam Tentera Darat.  Rejimen ini adalah satu Rejimen yang unik di mana dianggotai berbagai kaum dan agama.  

Selain dari anggota-anggota berbangsa Melayu, Cina dan India, ramai dari anggotanya juga terdiri dari rakyat peribumi dari Sabah dan Sarawak serta orang asli.  Anggota-anggota peribumi yang berkhidmat di dalam Rejimen ini di antaranya terdiri dari bangsa Iban, Bidayuh, Kadazan, Bajau, Kayan, Kelabit, Kenyah, Bisayah, Lundayah, Murut dan lain-lain.  

Kehadiran kaum-kaum peribumi ini telah membawa satu identiti yang tersendiri bagi Rejimen Renjer Diraja.  Selain dari kaya dengan sejarah, ianya juga kaya dengan berbagai kebudayaan yang tidak terdapat dalam rejimen-rejimen lain.  Rejimen ini juga terkenal dengan kecekapan mengesan dan menjejak musuh dan sikap keberanian anggota-anggotanya.

Di dalam Angkatan Tentera Malaysia, Rejimen Renjer Diraja merupakan satu rejimen yang muda.  Namun demikian, ianya mempunyai pertalian sejarah yang begitu harum sejak tahun 1862.  Rejimen Renjer Diraja tidak dapat dipisahkan dari ‘Sarawak Rangers’ yang telah wujud sejak tahun 1862 lagi hinggalah ianya dibubarkan pada 15 September 1963 apabila Malaysia ditubuhkan.  


Unit tersebut bukan sahaja telah berjasa di bumi Sarawak malahan telah mencatatkan nama Malaysia semasa darurat dari tahun 1948 hingga 1960.  ‘Sarawak Rangers’ telah turut serta membanteras kegiatan penganas komunis di Malaysia.  Antara kempen-kempen yang telah dijalankan oleh ‘Sarawak Rangers’ adalah:

*    Kempen mengamankan Sarawak era Raja Brooke.- 1862 – 1942
*    Perang Gerila Jepun bersama ‘Reconnaissance Service Department’ (RSD) di Sarawak. - 1942–1945 
*    Darurat Malaya. - 1948 – 1960
*    Darurat Sarawak. - 1952 – 1953
*    Pemberontakan Brunei. - 1962
*    Konfrantasi. - 1962 - 1963

PEMBUBARAN SARAWAK RANGERS/PENUBUHAN ASKAR RENJER MALAYSIA

Dalam perjanjian penubuhan Malaysia, pihak British telah bersetuju untuk menubuhkan 2 buah batalion Askar Renjer Malaysia, melatih anggota-anggotanya di peringkat awal dan diikuti dengan penubuhan batalion ketiga, seterusnya penubuhan Askar Renjer Malaysia telah diumumkan di Parlimen British (House of Commons) oleh Secretary of State for Commonwealth Affairs pada 18 Julai 1963.  

Ekoran dari itu, ‘Sarawak Rangers’ telah dibubarkan pada 15 September 1963 di dalam satu perbarisan yang penuh bersejarah di Ulu Tiram, Johor.  Pada tanggal 16 September 1963 Askar Renjer Malaysia dilahirkan, serentak dengan hari kelahiran Malaysia.  Anggota-anggota ‘Sarawak Rangers’ yang dibubarkan diserapkan ke dalam Askar Renjer Malaysia sebagai nukleus pasukan baru.  

Rekrut bagi batalion Pertama Askar Renjer Malaysia datangnya dari Sarawak, manakala untuk Batalion Kedua Askar Renjer Malaysia datang dari Sabah.  Selain dari anggota ‘Sarawak Rangers’ beberapa anggota lain dari Tentera British dan Rejimen Askar Melayu Diraja juga telah dipinjamkan.

PERKEMBANGAN REJIMEN

•  Markas Rangers Group.  Bagi menjayakan penubuhan awal Askar Renjer Malaysia, pihak British telah menubuhkan satu markas yang dikenali sebagai ‘RANGERS GROUP HEADQUARTERS’ di bawah pimpinan Colonel I.C. Wellsted.  

Markas ini telah bertanggungjawab menubuhkan Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga Askar Renjer Malaysia.  Bagaimanapun Markas ini dibubarkan apabila selesai tugasnya bagi menubuh dan melatih ketiga-tiga batalion tersebut.

•  Perbarisan Penyerahan.  Penyerahan Batalion Pertama dan Kedua Askar Renjer Malaysia kepada Kerajaan Malaysia telah dilakukan dalam satu upacara yang penuh bersejarah di Kem Sulva Lines, Ipoh, Perak pada 4 Oktober 1965.  

Dalam perbarisan itu Major General H.A. Lascelles telah mewakili Kerajaan British menyerahkan kedua-dua batalion tersebut kepada Mejar Jeneral Dato’ Abdul Hamid bin Bidin yang mewakili Kerajaan Malaysia.  Walaubagaimanapun tarikh 16 September 1963 telah  diambil secara rasmi sebagai tarikh penubuhan Batalion Pertama dan Kedua Rejimen Renjer Kuasa PATD 11/81.

•   Perkembangan.  Dari 16 September 1963, Rejimen Renjer terus berkembang.  Pada hari ini ia sudah mempunyai 11 buah batalion (Batalion Kesebelas telah dibubarkan manakala batalion kesepuluh yang telah dibubarkan di tubuhkan kembali).  

Penubuhan batalion-batalion Keempat Rejimen Renjer dan seterusnya adalah dilaksanakan oleh Tentera Darat Malaysia.  Identiti Rejimen Renjer yang merupakan sebuah rejimen infantri berbilang kaum terus dikekalkan. 

Rekod penubuhan batalion-batalion dalam Rejimen Renjer seterusnya adalah seperti berikut:

*  1 Renjer - 16 September 1963 di Ulu Tiram, Johor.
*  2 Renjer - 16 September 1963 di Ulu Tiram, Johor.
*  3 Renjer - 1 Julai 1965 di Ipoh, Perak.
*  4 Renjer - 28 Mac 1966 di Ipoh, Perak.
*  5 Renjer - 16 Mei 1969 di Sg. Udang, Melaka.
*  6 Renjer - 1 Januari 1970 di Sg. Udang, Melaka.
*  7 Renjer - 10 Mei 1970 di Kluang, Johor. 
*  8 Renjer - 1 Mac 1973 di Kem Terendak, Melaka.
*  9 Renjer - 1 Mac 1979 di Pulau Pinang.
*  10 Renjer - 1 April 1980 di Kuala Lumpur. 
*  11 Renjer - 1 Januari 1981 di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.

KOLONEL YANG DIPERTUA RRD

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Negeri Perlis telah diperkenankan perlantikan baginda sebagai Kolonel Yang di-Pertua Rejimen Renjer Diraja yang pertama pada 11 November 1971.  

Baginda telah mangkat pada 16 April 2000 dan telah digantikan oleh anakanda baginda iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail mulai 19 September 2001.

JAWATANKUASA REJIMEN

Segala perkembangan dalam pentadbiran hal-hal rejimen dikendalikan oleh Jawatankuasa Rejimen.  Urusetia Rejimen Renjer Diraja di Jabatanarah Infantri, Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan adalah merupakan badan eksekutif bagi Jawatankuasa tersebut.  

Urusetia Rejimen Renjer Diraja merupakan satu sel di Jabatanarah Infantri di bawah pengawasan Setiausaha, yang juga Pegawai Staf Satu Am.  Sel ini telah diluluskan untuk diwujudkan pada pada tahun 1985.  Pada hari ini Sel Urusetia Rejimen Renjer Diraja telah mempunyai dua pegawai dan tiga lain-lain pangkat.

COGANKATA

Cogankata Rejimen Renjer Diraja diambil dari cogankata Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang sebelumnya juga merupakan cogankata ‘Sarawak Rangers’ iaitu “AGI IDUP AGI NGELABAN” yang memberi erti “Selagi ada hayat selagi itu bersedia untuk berjuang dan berkorban”.

RUMAH REJIMEN

Sebagai rejimen yang kedua besarnya, ianya juga bermegah mempunyai Rumah Rejimen.  Kem Syed Putra (Kem Sulva Lines) di Ipoh, Perak yang mempunyai talian sejarah yang mendalam dengan Rejimen Renjer Diraja telah dipilih sebagai Rumah Rejimen.  Di situ terdapat:

•   Rumah Kenyalang
•   Wisma Perwira Rejimen
•   Wisma Bintara Rejimen
•   Muzium RRD

IDENTITI PAKAIAN

Warna Rejimen Renjer Diraja adalah ‘Rifle Green’ bagaimanapun warna hitam digunakan menyeluruh sebagai warna identiti Rejimen Renjer Diraja di mana warna ini telah digunakan dalam alat-alat pakaian seperti lencana pangkat, lencana bahu, lencana kolar, butang baju dan lain-lain.  Bagi mengekalkan identiti Rejimen, Jawatankuasa Pakaian Angkatan Tentera telah meluluskan pemakaian ‘hackle’, lencana kolar dan butang baju berwarna hitam.  Justeru itu Rejimen Renjer Diraja adalah merupakan satu-satunya Rejimen Tentera Darat yang telah diberi penghormatan untuk memakai ‘hackle’ hitam.

Sumber: RRD

Tiada ulasan

Latest Articles