Zariman (duduk) bersama ibu, Noraini dan ayahnya, Ibrahim Abdullah selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam. KOTA...
Zariman (duduk) bersama ibu, Noraini dan ayahnya, Ibrahim Abdullah selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam. |
Mohd Zariman berkata, dalam kejadian itu, dia mengalami kecederaan di kaki kanan selepas terkena serpihan peluru pengganas yang dilepaskan dari arah belakang ketika bersama rakan-rakanya mengawasi kawasan sekitar.
“Memang pada ketika itu, saya langsung tidak menyangka akan ditembak dari arah belakang dan terkena kaki kanan saya. Mujurlah saya masih selamat dan selepas terkena serpihan peluru itu saya terus dirujuk di Hospital Miri untuk rawatan susulan,” katanya selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail, semalam.
Turut menyambut ketibaan beliau, Ketua Cawangan Khas Kelantan, Asisten Komisioner Aziz Salleh mewakili Ketua Polis Kelantan, yang turut diiringi Pegawai Memerintah Batalion 12, PGA Miri, Supritendan Mohd Sar’ie Fauzi serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan.
Sementara itu, ibu Zariman, Noraini Mohamad, 53, berkata, anak kedua dari sembilan beradik itu, begitu meminati pasukan beruniform dan menyertai Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Miri, Sarawak sejak tiga tahun lalu.
“Apa pun saya bersyukur anak saya selamat dan hanya mengalami kecederaan di bahagian kaki," katanya.
Norani berkata, walaupun terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya, namun dia amat berbangga di atas keberanian Zariman yang menyertai operasi terbabit demi mempertahankan negara,” katanya. - SH