Salah seorang lagi penghibur/artis sabahan yang tidak asing lagi di sabah. Namanya boleh di dibariskan dengan dato siti nurhaliza atau zi...
Salah seorang lagi penghibur/artis sabahan yang tidak asing lagi di sabah. Namanya boleh di dibariskan dengan dato siti nurhaliza atau ziana zain (kalau di semenanjung) dan juga Abu Bakar ella dan Den bisa (kalau sabahan).
Clarice john matha atau clare dan juga leng merupakan seorang artis yang tidak perlu di perkenalkan lagi kerana beliau merupakan artis yang boleh di katakan agak berjaya dan ini di buktikan melalui sambutan jualan album pertama beliau yang berjaya memecahkan rekod dalam industri hiburan sabahan.
Anak ke 3 daripada 8 orang adik beradik ini, yang terkenal melalui lagu berbisa beliau iaitu 'ama om apa', 'auh', 'Aada' dan banyak lagi berkata pada masa ini beliau lebih selesa untuk menumpukan perhatian sepenunnya kepada keluarga beliau khususnya anak-anak. Walau bagaimanapun, bukan la si clare ni lupa atau kasi tinggal terus bidang nyanyian. Dia tetap juga masih aktif dalam bidang hiburan cuma tumpuan penuh dia saja ke arah keluarga (admin sokong, apa-apa pun family first).
Untuk makluman semua juga, selain menyanyi si clare ni bekas finalis unduk ngadau (ratu cantik) peringkat negeri sabah. Selain itu, dia juga pernah memegang watak utama dalam beberapa telemovie seperti telemovie yang bertajuk PTI (Percintaan Tanpa Izin) di gandikan bersama Den Bisa, dan juga telemovie yang bertajuk Huminodun dan nama watak itu menjadi gelaran kepada penyanyi ini.
Beliau juga pernah menjadi seorang penyampai di radio Suriafm Sabah (menggantikan Dj Velvet yang cuti bersalin) tapi tidak lama. Boleh di katakan artis ini, versetail la juga kan... Dari menyanyi, berlakon dan penyampai radio semua dia sapu bersih ahahahahaha..
Terbaru, beliau akan bergandingan dengan Rozza Rothman, Marcellus Gatisi, Clarice Sipanul dan ramai lagi artis sabah yang lain dalam menjayakan Album Kompilasi Projek Amal artis sabah kendalian Magus8Entertaimen yang mana Nick Tudol bertindak sebagai producer. Dalam album ini CJM akan menyanyikan 2 buah lagu bertajuk 'Linangkas nu' Dan juga 'Numbur'
Ok la, admin tidak mahu banyak taip ni sebab penat sudah jari menaip hahahahah ketara pemalas betul mau menaip kan hahahah.... Jadi, admin kongsi sedikit mengenai profile Clarice John Martha ni dengan demo nyanyian lagu baru dia bertajuk numbur versi perempuan. (Lagu numbur ada 2 versi. 1 versi lelaki nyanyian marcellus gatisi dan 1 lagi versi beliau)
Nama Sebenar : Clarice John Matha
Nama Timangan: Clare atau leng
Tarikh lahir : 24 oktober tahun 197......
Tempat Lahir: Hdok Sandakan
Bangsa : Dusun
Bilangan Adik Beradik : 8 Orang (anak ke 3)
Hobi : Bawa anak anak beriadah
Kerjaya/Aktiviti: (Ayat dari CJM hahahahaha)
-bz keluarmasuk studio utk beberapa album kompilasi.
-Tahun 1996 top (5)unduk ngadau p.negeri/artis dibwh naungan skyline 5thn.
-(2004-2008)/4 album solo,dan memecah rekod penjualan album pertama..
-compose lagu/lirik.pelakon tempatan/
-pernah menjadi DJ Suriafm./undangan menyanyi/berlakon dgn rtm,undangan persembahan dgn KEKWA,majlis jbtan kerajaan/swasta.