Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Perintah Berkurung Sabah | Tempoh akan dilanjutkan Untuk Terus Jamin Keselamatan

Tempoh Perintah Berkurung akan dilanjutkan Untuk Terus Jamin Keselamatan KUALA LUMPUR: Tempoh perintah berkurung di perairan Sabah aka...

Tempoh Perintah Berkurung akan dilanjutkan Untuk Terus Jamin Keselamatan

KUALA LUMPUR: Tempoh perintah berkurung di perairan Sabah akan dilanjut bagi terus menjamin keselamatan penduduk selain mengelak berlaku pencerobohan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Saya sedang meneliti keadaan di perairan Sabah. Secara umumnya atas semakan yang saya lakukan, kita (polis) perlu melanjutkan tempoh perintah berkurung.

"Pihak polis juga mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada anggota masyarakat. Saya berharap penduduk sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya kepada pemberita pada majlis pemakaian pangkat dan pelancaran jabatan baharu Polis Diraja Malaysia di sini Jumaat.

Sabtu lepas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga jeti Tawau sehingga 2 Ogos.

Mengenai status anggota Polis Marin, Konstabel Zakiah Aleip, 26, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata di sebuah resot di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu, Khalid berkata pihaknya masih berusaha untuk menyelamatkannya.

Dalam kejadian 11.10 malam itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, maut ditembak manakala Zakiah diculik ketika pasukan mereka menjalankan tugas rondaan di kawasan resot berkenaan.

Tiada ulasan

Latest Articles