Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Putatan | Kebakaran Ragut Nyawa Seorang Lelaki

Kebakaran di Kampung Seri Pandan, Putatan - Satusabah.com Sumber dari Mstar Online : Seorang lelaki rentung selepas rumah yang didia...

Kebakaran di Kampung Seri Pandan, Putatan - Satusabah.com

Sumber dari Mstar Online : Seorang lelaki rentung selepas rumah yang didiaminya di Kampung Seri Pandan, Putatan, musnah dalam kebakaran melibatkan lima buah rumah awal Khamis.

Mayat mangsa, Kadir Ghani yang berumur lingkungan 50-an, ditemui di bahagian ruang tamu rumah berkenaan dalam kejadian kebakaran kira-kira 3 pagi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.14 pagi sebelum menggegaskan tiga jentera bomba berserta 24 anggota dan pegawai.

Operasi memadam kebakaran melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba Putatan dan Kota Kinabalu itu berjaya mengawal kebakaran kira-kira 4 pagi.

Tiada ulasan

Latest Articles