Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Terbaru Kemalangan di Tawau : Bapa dan Anak 5 Tahun Maut Dalam Kejadian di Jalan Merotai-Bombalai

Terbaru Kemalangan di Tawau - Portal Satu Sabah Sumber SabahTimes : Dua beranak maut manakala dua cedera parah selepas dua kenderaan...

Terbaru Kemalangan di Tawau - Portal Satu Sabah
Sumber SabahTimes : Dua beranak maut manakala dua cedera parah selepas dua kenderaan bertembung dalam kejadian kemalangan yang berlaku di KM 21 Jalan Merotai-Bombalai, pada Selasa.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu dua yang maut dikenali sebagai Mohd Aras Arfah, 37, pemandu kereta Wira dan seorang daripada tiga anaknya iaitu Nurul Zahirah Izzawati Mohd Aras, 5.

Dua lagi anaknya mengalami cedera parah iaitu Nurul Fatihah Mohd Aras, 9, dan Nurul Fiqriyah Mohd Aras, 7.

Empat yang cedera ringan pula dikenali sebagai Ramlah Abd Rahim (33 tahun), Aris Abas (34), Mohd Aiman Aris (7) dan Mohd Irfan Aris (3) yang merupakan satu keluarga dan menaiki kereta jenis Vigo.

Ketua Polis Daerah, ACP Awang Besar Dullah yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, proton Wira yang dinaiki Mohd Aras bersama anak-anaknya dari perjalanan dari Merotai menuju ke Bandar Tawau.

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian yang merupakan jalan lurus dua hala, kereta mangsa cuba memotong dua kenderaan namun gagal masuk semula ke lorong dan akhirnya bertembung dengan kereta yang dipandu Aris dan keluarganya.

Hasil siasatan awal kemalangan katanya, kejadian dipercayai berlaku ekoran pemanduan tidak berhemah dan meminta semua pemandu sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan serta berhemah.

Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzex berkata selepas mendapat panggilan mengenai kejadian itu pihaknya bergegas ke lokasi dengan turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Merotai dan Felda Umas.

Tiada ulasan

Latest Articles