Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Kalendar Pelancongan Negeri Sarawak | Pesta Pusa Beting Maro

Produk Pelancongan Baru Negeri Sarawak |  Pesta Pusa Beting Maro  PORTAL SATU SABAH : Pesta Pusa Beting Maro akan dijadikan produ...

Produk Pelancongan Baru Negeri Sarawak |  Pesta Pusa Beting Maro 
Produk pelancongan baru negeri sarawak
PORTAL SATU SABAH : Pesta Pusa Beting Maro akan dijadikan produk pelancongan baharu negeri ini, umum Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg semasa merasmikan Pesta Pusa Beting Maro 2014 di Tebingan Sungai Pusa di sini semalam.

Katanya Kementerian Pelancongan akan mengiktiraf pesta ini menjadi acara tahunan dan diselit dalam kalendar pelancongan negeri Sarawak.

“Kerajaan telah melihat kepentingan rakyat berbilang kaum, hidup dalam suasana harmoni di samping mengekalkan perpaduan kaum untuk menjadikan Pesta Pusa sebagai produk pelancongan baharu.

“Selain itu pesta memperkenalkan produk-produk keluaran penduduk tempatan untuk diketengahkan kepada masyarakat umum yang dilihat sangat berpotensi dipasarkan dan diperkenalkan.

“Kawasan Pusa juga mempunyai landskap yang menarik dari segi ekopelancongan kerana masih kekal dengan bentuk muka bumi asal dan dapat menjadi daya tarikan kepada pelancong luar.

“Pesta ini juga dapat menjadi platform dalam meningkatkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di sini.

“Ekonomi rakyat juga bertambah dengan hasil yang ada apabila kawasan Pusa yang berteraskan ekonomi yang berasaskan pertanian dan per-ikanan dapat dibangunkan.

“Perancangan pertanian yang dibangunkan dengan kaedah yang baharu dapat menghasilkan tanaman yang memberi hasil yang memberangsangkan.

“Pembukaan tanah baharu akan lebih merancakkan ekonomi rakyat ke arah itu,” ujarnya.

Abang Johari yang juga Menteri Perumahan meng-umumkan akan membangunkan semula projek perumahan yang telah dibangunkan tetapi tidak mendapat sambutan rakyat di sini berikutan reka bentuk bangunan selain material yang kurang menarik.

“Kerajaan akan membangunkan Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang lebih menarik rakyat untuk memiliki rumah tersebut,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Setia-usaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol, ADUN Beting Maro Razaili Gapor, Pemangku Residen Pathi Kerni, Pengerusi Pengelola Kaunselor Hosen Abdul Karim, ketua-ketua jabatan dan masyarakat.
UTUSAN BORNEO

ليست هناك تعليقات

Latest Articles