Rompakan Kedai Emas Menggunakan Senjata di Pekan Tuaran Hari Ini Tuaran: Seorang lelaki dipercayai pelanggan cedera di kepala selepas ...
![]() |
Rompakan Kedai Emas Menggunakan Senjata di Pekan Tuaran Hari Ini |
Tuaran: Seorang lelaki dipercayai pelanggan cedera di kepala selepas dihentak menggunakan benda keras dipercayai senjata api dalam rompakan kedai emas di pekan Tuaran, pagi ini.
Dalam kejadian jam 8.25 pagi itu, mangsa berusia 30-an dikatakan berada di kedai emas itu apabila cuba menghalang suspek yang memakai topeng sebelum penjenayah terbabit bertindak kasar dengan menghentak kepalanya.
Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintenden Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati kedai emas itu dimasuki tiga suspek lelaki lengkap bersenjata api.
"Siasatan mendapati tiada sebarang tembakan dilepas ketika rompakan itu berlaku.
"Namun siasatan masih dijalankan dan berdasarkan maklumat awal suspek dipercayai turut menggunakan satu senjata berat," katanya ketika ditemui, hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang cedera itu dilaporkan stabil selepas mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan di Hospital Daerah Tuaran.
Tiada ulasan
Catat Ulasan