Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

POLIS TUMPAS PENYELUDUP SYABU DI LABUAN

Dua lelaki terbabit yang berumur 24 dan 29 tahun adalah dari Kg Lajau dan Kg Sg Bedaun di sini sementara wanita berusia 30 itu dari Beaufo...

Dua lelaki terbabit yang berumur 24 dan 29 tahun adalah dari Kg Lajau dan Kg Sg Bedaun di sini sementara wanita berusia 30 itu dari Beaufort.

Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan kerana menyeludup dadah di sini awal pagi hari ini.

PORTAL BERITA SATUSABAH
Mereka yang turut didapati positif syabu kini direman.

Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Adzhar Othman berkata 18 paket dadah sintetik seberat 31.05 gram didapati disembunyikan di dalam bra wanita berkenaan.

Beliau berkata turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM13,607 yang dipercayai hasil dari jualan dadah.

Adzhar berkata dua lelaki terbabit yang berumur 24 dan 29 tahun adalah dari Kg Lajau dan Kg Sg Bedaun di sini sementara wanita berusia 30 itu dari Beaufort.

“Mereka ditahan dalam operasi cegah jenayah di sepanjang Jalan Kinabenua kira-kira 1 pagi,” katanya. — Bernama

Tiada ulasan

Latest Articles

Popular Posts