Tidak sampai sebulan bersembunyi di Malaysia, seorang pengganas paling dikehendaki di sebuah negara di Asia Barat tumpas apabila dia d...

Tidak sampai sebulan bersembunyi di Malaysia, seorang pengganas paling dikehendaki di sebuah negara di Asia Barat tumpas apabila dia dicekup sepasukan polis di sebuah hotel di ibu negara, akhir bulan lalu.
Anggota kanan berpangkat Komander yang berusia 45 tahun itu dikatakan bersembunyi dalam kalangan warga asing yang ramai di negara ini.
Dia masuk ke Malaysia pada pertengahan Januari lalu dengan menggunakan pasport palsu bagi mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa yang telah lama memburunya ekoran aktiviti keganasan yang serius.
Lelaki itu dipercayai paling dikehendaki di negaranya kerana mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti keganasan selain mempunyai rangkaian pengganas dengan kumpulan militan di negara bergolak.
Malah suspek juga difahamkan memimpin salah sebuah kumpulan pengganas di Syria dan Iraq sebelum melarikan diri ke beberapa buah negara termasuk Malaysia.
Penangkapan suspek oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman merupakan satu kejayaan memerangi kegiatan keganasan di rantau ini.
Dia pernah memasuki beberapa negara di Asia Barat, utara Afrika dan sebuah lagi negara di Asia Tenggara sebelum menyusup masuk ke Malaysia pada pertengahan Januari lalu.
Suspek telah ditangkap di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki menggunakan pasport palsu dan semalam, dia telah diusir balik ke negara asal dalam satu operasi khas.
CUBA TEKA Sebenarnya yang KURANG dlm Video ini ?
Tiada ulasan
Catat Ulasan