RIYADH 21 Feb. – Sebahagian besar wilayah Al-Aqlan di Tabuk, Arab Saudi menerima taburan salji semalam. Kejadian itu dipercayai ek...
RIYADH 21 Feb. – Sebahagian besar wilayah Al-Aqlan di Tabuk, Arab Saudi menerima taburan salji semalam.
Kejadian itu dipercayai ekoran cuaca sejuk yang melanda Turki, Jordan, wilayah Palestin dan Lebanon.
Jurucakap media bagi Jabatan Pertahanan Awam Tabuk, Kolonel Mamdouh Al-Enzi berkata, pihaknya sedang membuat persiapan menghadapi kemungkinan cuaca buruk.
Katanya, penduduk di daerah itu dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu dan mengelak kawasan lembah dan kawasan berbahaya.
Salji dijangka meliputi beberapa kawasan di utara Arab Saudi minggu ini termasuk di Al-Jouf, Rafah dan Tareef. - AGENSI
Sumber
Sumber
Tiada ulasan
Catat Ulasan