Hasil siasatan mendapati suspek menggunakan senapang patah jenis ‘double barrel’ milik abang suspek dan peluru digunakan jenis ‘wincheste...
Hasil siasatan mendapati
suspek menggunakan senapang patah jenis ‘double barrel’ milik abang
suspek dan peluru digunakan jenis ‘winchester buckshot’.

Aktiviti berburu seorang lelaki bersama enam rakannya bertukar tragedi selepas tertembak menantunya sendiri yang disangka babi hutan pada jam 3 pagi kelmarin (Ahad).
Dalam kejadian di Tebarong Hulu Medamit itu, mangsa yang berusia 49 tahun rebah berlumuran darah dan tidak bernyawa selepas terkena tembakan bapa mertuanya yang berusia 42 tahun.
Suspek dan mangsa yang berasal dari Kampung Tanjong dikatakan pergi berburu bersama enam rakan lain di kawasan tersebut sejak awal pagi Sabtu hingga kelmarin.
Difahamkan mereka memulakan aktiviti berburu di kawasan hutan berkenaan dan berjanji akan berkumpul semula di satu pondok kawasan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata ketika berburu suspek dipercayai mendengar satu bunyi seakan babi hutan sedang memakan buah kelapa sawit.
“Suspek menunggu sekitar 10 minit untuk memastikan bunyi tersebut dan terlihat kelibat seekor babi hutan lalu terus melepaskan tembakan.
“Suspek kemudiannya pergi ke arah tembakan dan tergamam apabila menyaksikan menantunya rebah dalam keadaan mukanya berlumuran darah dan tidak bernyawa lagi,” katanya di sini semalam.
Suspek dan rakan-rakannya kemudian membawa mangsa ke Hospital Limbang.
Mohd Bukhori berkata hasil siasatan mendapati suspek menggunakan senapang patah jenis ‘double barrel’ milik abang suspek dan peluru digunakan jenis ‘winchester buckshot’.
“Laporan awal pemeriksaan juga mendapati satu kesan tembakan di dada kanan mangsa dan tangkapan terhadap suspek dilakukan,” katanya.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 304, Kanun Keseksaan.
VIDEO INI MENJADI VIRAL DI SELURUH DUNIA.. APA YANG MENARIK ?
Tiada ulasan
Catat Ulasan