Gempa bumi kuat berlaku di utara Laut Maluku awal pagi tadi, kira-kira 123 km di tenggara Bitung, Indonesia dan 926 km tenggara Semporn...
Gempa bumi kuat berlaku di utara Laut Maluku awal pagi tadi, kira-kira 123 km di tenggara Bitung, Indonesia dan 926 km tenggara Semporna, Sabah.
Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku pada pukul 6.12 pagi berpusat pada latitud 1.48 darjah utara dan longitud 126.3 darjah timur, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, katanya.
Jabatan itu akan terus memantau rapi keadaan itu, kata kenyataan itu lagi. - Bernama
SESUAI UNTUK ORANG DEWASA
Tiada ulasan
Catat Ulasan