Seekor beruang matahari yang sakit dan menjadi buruan selepas rakaman video menjadi viral dalam Facebook (FB), Januari lalu berjaya d...
Beruang
matahari betina atau nama saintifiknya 'Helarctos Malayanus' ditemui
sebelum diselamatkan pekerja selepas terserempak haiwan berkenaan di
ladang sawit berdekatan Jalan Bintangor-Sibu, di Sibu, dekat sini
sekitar jam 9 pagi.
Jurucakap
Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, sekumpulan pekerja ladang
terjumpa haiwan itu ketika mahu memulakan kerja di ladang berkenaan.
"Disebabkan
keadaan kesihatan beruang matahari semakin menurun, pekerja ladang
menangkap haiwan itu sebelum menghubungi SFC. Susulan itu, SFC
menghantar wakil ke Sibu dan beruang matahari terbabit dibawa pulang dan
akan ditempatkan di Pusat Hidupan Liar Matang, di sini," katanya.
SFC
sebelum ini mengesahkan, binatang misteri ditemui pekerja ladang sawit
di Bintangor, Sibu, 28 Januari lalu, adalah beruang matahari.
Pengesahan
itu dibuat selepas rakaman video berdurasi seminit 25 saat mengenai
penemuan bintang itu tersebar dan menjadi viral dalam laman sosial sejak
beberapa hari selepas itu.
Haiwan terbabit dilaporkan mengalami pelbagai penyakit menyebabkan berat badan menurun secara mendadak.
Pasukan
SFC berusaha menyelamatkan haiwan itu, namun mereka dilaporkan tidak
dapat masuk ke ladang berkenaan berikutan sebahagian kawasan itu masih
ditenggelami air akibat banjir.
Tiada ulasan
Catat Ulasan