Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

OPS BERSEPADU PATI : Tangkapan di Sinsuran dan Kolombong

Antara Tahanan pada hari operasi - SAYANGSABAH Seramai 30 pendatang tanpa izin termasuk lima kanak-kanak ditangkap dalam operasi ...



Antara Tahanan pada hari operasi - SAYANGSABAH

Seramai 30 pendatang tanpa izin termasuk lima kanak-kanak ditangkap dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Sinsuran dan rumah kongsi sebuah tapak pembinaan di Kolombong, Inanam, di sini hari ini. 

Tangkapan yang terdiri daripada 29 orang warga Filipina manakala seorang Indonesia itu adalah hasil pemeriksaan terperinci terhadap 89 warga asing dalam operasi itu. 

“Semua yang ditangkap kemudian dibawa ke Lokap Berpusat untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959,” kata Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra di sini hari ini. 

Seramai empat pegawai polis dan 138 anggota dari pelbagai agensi penguatkuasaan menyertai operasi bersepadu yang bermula jam 4.00 pagi hingga 1.00 petang. Sementara itu, beliau berkata, seramai 12 orang lelaki turut ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, selepas ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah. 

Dalam pada itu, beliau berkata, operasi bersepadu berkenaan dijalankan hasil maklumat orang awam mengenai tindakan warga asing mendirikan rumah setinggan di kawasan berhampiran taman perumahan dan juga sekolah. 

“Operasi perobohan akan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di kawasan setinggan yang dikenalpasti didirikan secara haram,” katanya lagi. 

Menurutnya, premis di Sinsuran yang didapati diubah suai secara haram untuk dijadikan rumah atau bilik sewa turut tidak terlepas daripada dikenakan tindakan. 

“Operasi bersepadu tersebut akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa setiap aduan dan maklumat yang diterima akan diambil tindakan segera,” katanya lagi. - Portal Sayangsabah

Tiada ulasan

Latest Articles