Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

GLOBAL : Hukuman 5 Tahun Penjara Salman Khan Ditangguh

Mahkamah Tinggi Mumbai menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun ke atas pelakon filem Bollywood Salman Khan yang diputuskan ol...

Mahkamah Tinggi Mumbai menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun ke atas pelakon filem Bollywood Salman Khan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu lalu berkaitan kes langgar lari pada 2002 sementara menunggu rayuannya.

Hakim Abhay Thipsay memutuskan bahawa merit rayuan akan didengar pada Julai selepas mendengar penghujahan pihak pendakwaan dan pembela mengenai ikat jamin interim bagi Salman yang berakhir pada Jumaat.

Abhay memerintahkan Salman yang tidak hadir di mahkamah hari ini, supaya menyerah diri di mahkamah dan mengemukakan ikat jamin 30,000 rupees (kira-kira RM1,800).

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pembela untuk membenarkan Salman membuat perjalanan ke luar negara.

Salman telah dikenakan ikat jamin sejak 2002 dan ikat jamin sementara selama dua hari pula berakhir pada Jumaat.

Tiada ulasan

Latest Articles