Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

PENCEROBOH BERSENJATA CULIK DUA ORANG DI Restoran Ocean King SANDAKAN

Dua rakyat tempatan diculik oleh sekumpulan empat lelaki dipercayai warga asing dalam kejadian di Restoran Ocean King, Pasir Putih di sin...

Dua rakyat tempatan diculik oleh sekumpulan empat lelaki dipercayai warga asing dalam kejadian di Restoran Ocean King, Pasir Putih di sini kira-kira jam 7.26 malam tadi. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman yang mengesahkan kejadian itu berkata, kesemua suspek yang bersenjata api menceroboh restoran itu sebelum meluru ke arah kedua-dua yang duduk di meja berasingan. 

“Kedua-dua mangsa kemudian dipaksa menaiki sebuah bot laju sebelum dilarikan ke arah perairan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Mangsa culik wanita dikenali sebagai Thien Nyuk Fun, 50, berasal dari Taman Mawar, Jalan Sibuga di sini. Manakala, seorang lagi mangsa dikenali Bernard Then, 39, berasal Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. 

Beliau berkata, saksi di lokasi kejadian mendakwa, kumpulan bersenjata itu memakai pakaian celoreng tanpa memakai penutup muka dengan membawa senjata api termasuk seorang yang dilengkapi peluru berantai. 

Sementara itu, Komander Esscom, Datuk Rashid turut berada ditempat kejadian bersama dengan Ketua Polis Daerah untuk memantau keadaan. 

Agensi penguatkuasaan termasuk Pasukan Polis Marin, APMM, PGA dan tentera telah dikerahkan untuk membuat operasi memburu dan pemantauan sehingga ke sempadan. 

“Chopper dari APMM dan TUDM juga diarahkan untuk intercept suspek2 yg menggunakan bot laju tersebut pada malam ini juga,” tegas Jalaluddin.

Tiada ulasan

Latest Articles