“Sesiapa yang terbabit dengan dadah, cepatlah pergi berubat dan bagi yang belum terjebak, jangan sekali-kali mahu mencubanya” Itu nasihat...
“Sesiapa yang terbabit dengan dadah, cepatlah pergi berubat dan bagi yang belum terjebak, jangan sekali-kali mahu mencubanya” Itu nasihat ikhlas bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani ketika ditemui di lobi mahkamah di sini, semalam.
Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 terhadap Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 44, dan pembantunya Nur Juliana Abdul Rani, 32, atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah jenis heroin dan morfin di sebuah rumah di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat, awal tahun ini.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-duanya yang juga rakan karib itu mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mahkamah turut memerintahkan mereka menjalani hukuman 18 bulan penjara jika gagal membayar denda selain diperintah menjalani pengawasan selama dua tahun oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketika ditemui selepas tamat prosiding, penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu berkata, dia tidak pandai untuk menasihati sesiapa, namun mengingatkan orang lain supaya tidak menghampiri najis dadah jika mahu mencari keseronokan kerana banyak lagi hiburan lain yang lebih sihat.

Tiada ulasan
Catat Ulasan