Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Mayat Ditemui Tertiarap

SEKADAR GAMBAR HIASAN SANDAKAN: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi sungai berhampiran kilang Sabah Juta, S...

SEKADAR GAMBAR HIASAN
SANDAKAN: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi sungai berhampiran kilang Sabah Juta, Sungai Seguntor, Batu 10, di sini pagi khamis.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Zabidi Md Zain berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, berumur 44 tahun kira-kira jam 8.35 pagi.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari JSJ Sandakan dan Balai Polis Seguntor telah pergi ke tempat penemuan mayat terbabit. Di samping itu, Pasukan Polis Marin dengan dua bot serta tujuh anggota juga sampai ke tempat kejadian untuk memberi bantuan.

“Hasil siasatan awal, isteri mangsa memberitahu pada petang Ahad (31 Januari 2016), selepas solat Maghrib mangsa keluar dari rumahnya di Kampung Gum-Gum, Batu 16 untuk pergi memancing seorang diri berhampiran tempat kerjanya di Batu 10,” katanya.

Zabidi berkata, menurut isteri mangsa juga, mangsa akan masuk kerja pada keesokan harinya (Isnin), bagaimanapun sehingga petang Isnin mangsa tidak pulang ke rumah menyebabkan isteri dan saudaranya telah mencari mangsa tetapi gagal menjumpainya.

“Sehinggalah pada keesokan harinya kira-kira jam 8.35 pagi, mayat mangsa dijumpai terapung oleh orang awam di tepi tebing sungai berkenaan. Setelah dibuat pengecaman di tempat kejadian, isteri dan ibu mangsa mengesahkan mayat itu adalah suaminya.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Zabidi bagaimanapun memberitahu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - UTUSAN BORNEO

Tiada ulasan

Latest Articles