Datuk Mohd. Hasnol Bin Datuk Ayub, Yang Dipertua Dewan perniagaan Bumiputera Sabah Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah Pejabat Perhubung...
Datuk Mohd. Hasnol Bin Datuk Ayub, Yang Dipertua Dewan perniagaan Bumiputera Sabah |
Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah Pejabat Perhubungan Putatan akan mengadakan Bengkel Demo Kulinari & Pastri Sabtu ini 30 April 2016 bermula 8 pagi hingga 3 petang bertempat di Dewan Wooley Muzium Sabah, Kota Kinabalu.
Pengerusi penganjurnya Pn Sharifah Seri Lailah Bt. Tuanku Sh-Hamid berkata program ini merupakan satu kerjasama strategik antara DPBS Pejabat Perhubungan Putatan dengan pihak seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia, DBKK dan Institut Maju Sihat.
Sharifah Seri lailah yang juga selaku Ahli Majlis Tertinggi Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah menambah,program yang melibatkan seramai 120 orang peserta yang kesemuanya merupakan ahli DPBC pej perhubungan Putatan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang pengendalian makanan yang mana sesi ini akan dikendalikan oleh DBKK & Institut Maju Sihat selain Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan memberi taklimat tentang kebaikan koperasi sebagai platform untuk memulakan perniagaan secara berkumpulan.
Turut dimuatkan dalam program ini ialah demo masakan ala Thai oleh salah seorang Chef yang semakin menempa nama di dalam lapangan kulinari tempatan iaitu Chef Carlina dan juga demo Pastry yang menampilkan Puan Akbal Hanum Jono.
Majlis ini akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan perniagaan Bumiputera Sabah, Datuk Mohd. Hasnol Bin Datuk Ayub.
Sharifah Seri Lailah |
"Kita berharap program ini akan menjadi wadah untuk ahli DPBS Pejabat Perhubungan Putatan untuk memantapkan lagi diri dalam pengetahuan perniagaan khususnya perniagaan bidang makanan " Jelas Sharifah Seri Lailah.
Tiada ulasan
Catat Ulasan