Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Gempa bumi mega 8.0 magnitud tidak mustahil berlaku

Gempa bumi mega 8.0 magnitud tidak mustahil berlaku TOKYO : Satu siri gempa bumi kuat yang menggegarkan Asia dan Amerika Selatan sejak...

Gempa bumi mega 8.0 magnitud tidak mustahil berlaku
TOKYO: Satu siri gempa bumi kuat yang menggegarkan Asia dan Amerika Selatan sejak seminggu lalu mungkin diikuti gempa bumi "mega" pada masa akan datang, kata seorang saintis. 

Gempa pada Khamis dan semalam, dua gempa bumi menggegarkan Jepun, mengorbankan sekurang-kurangnya 41 orang, menyebabkan tanah runtuh dan kerosakan meluas bangunan dan infrastruktur. 

Gempa 6.1 magnitud menggegarkan tenggara negara kepulauan Tonga di Pasifik, bagaimanapun tidak merekodkan kerosakan. Pada hujung Lingkaran Api Pasifik, Ecuador bergelut selepas digegarkan dengan gempa 7.8 magnitud malam semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 77 orang. 

Seorang pakar seismologi di Universiti Colorado, Roger Bilham, memberitahu akhbar The Daily Express, keadaan terkini mungkin mencetuskan sekurang-kurangnya empat gempa bumi lebih kuat berbanding 8.0 magnitud. "Dan jika ia terlewat, tekanan yang dikumpul sepanjang kurun mencetuskan lebih banyak gempa bumi mega yang membawa malapetaka," katanya. 

Sebagai tambahan kepada empat gempa bumi mega yang melanda sejak Khamis lalu, kemungkinan berlaku gegaran di Filipina, Vanuatu dan Myanmar. 

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), agensi bebas yang memantau bencana alam semula jadi seperti gempa bumi berkata, gempa bumi 'mega' jarang berlaku, namun ia tidak mustahil. 

Ia berkata, tiada garisan gelinciran, di kawasan di mana plet terdiri daripada kerak bertemu, yang berupaya menjana magnitud 10 gempa. 

Bagaimanapun, saintis tidak boleh sama sekali menolak gempa bumi 'mega' walaupun hanya mengukur aktiviti seismik sejak 100 tahun lalu. -Agensi

Tiada ulasan

Latest Articles