Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Ketua Penceroboh Lahad Datu Mahu Jadi 'Sultan Sabah'

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ketua penceroboh Lahad Datu, Datu Agbimuddin Kiram mahu menjadi '...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ketua penceroboh Lahad Datu, Datu Agbimuddin Kiram mahu menjadi 'Sultan Sabah' sekiranya apa yang dikenali sebagai kesultanan Sulu berjaya menuntut negeri itu daripada Malaysia.

Warga Filipina, Salib Akhmad Emali, 63, yang dibicarakan dalam kes pencerobohan pada 2013 itu, berkata Agbimuddin selalu berbalah dengan abangnya, Esmail Kiram, mengenai tuntutan terhadap Sabah.

"Saya dengar nama sahaja (Agbimuddin). Orang-orang ada bercakap mengenai dia.

"Setelah saya ada dalam mahkamah ini, baru saya tahu siapa dia," katanya dalam bahasa Suluk, yang diterjemahkan jurubahasa mahkamah.

Salib Akhmad membela diri terhadap tuduhan menganggotai sebuah kumpulan pengganas dan melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jamil Aripin pada pemeriksaan balas, tertuduh berkata dia tidak pernah terlibat dengan kegiatan mencari anggota untuk Royal Sulu Force (Tentera Diraja Sulu) di Sabah sebagai persiapan untuk menguasai negeri itu sekiranya rundingan mengenai tuntutan tersebut mengalami kegagalan.

Salib Akhmad juga berkata dia tidak pernah mengenali orang lain yang disebut sebagai Sultan Sulu, kecuali Esmail, yang ditemuinya pada 2012.

Seramai 13 rakyat Filipina dan seorang rakyat tempatan membela diri di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah di sini terhadap pelbagai pertuduhan yang didakwa dilakukan mereka di antara 12 Feb dan 10 April 2013.

Sebahagian daripada mereka menghadapi satu hingga pelbagai tuduhan menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Sebahagian yang lain pula dituduh secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas atau mendapatkan dan memberi sokongan kepada sebuah kumpulan pengganas.

Perbicaran bersambung esok.

-- BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles