Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Nasib 7 Beradik Yatim Piatu Terus Dibela

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas Datuk Bolkiah Ismail menyampaikan sumbangan kepada anak sulung tujuh beradik bergelar yatim piatu...

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas Datuk Bolkiah Ismail menyampaikan sumbangan kepada anak sulung tujuh beradik bergelar yatim piatu
PITAS: Nasib tujuh beradik di Kampung Bongkol, Pitas yang kehilangan ibu bapa mereka bulan lalu, terus mendapat perhatian dan pembelaan kerajaan.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid yang melihat sendiri keadaan tujuh beradik itu turut simpati dengan nasib menimpa keluarga berkenaan, sekali gus telah menghulurkan bantuan keperluan harian.
“Ketika ibu bapa mereka sedang sakit, kerajaan juga telah memberikan bantuan menerusi program bantuan warga tua kerana anak-anak mereka telah kehilangan tempat bergantung.
“Anak pertama, Fracisca Harul,17, terpaksa berhenti sekolah dan bekerja selama tiga tahun di kedai roti dengan pendapatan RM800 sebulan.
“Semua itu dilakukan demi menyara enam orang adiknya, yang kini tinggal bersama neneknya, mujurlah terdapat saudara-mara mereka juga sentiasa membantu,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke rumah anak-anak yatim tujuh beradik di sini kelmarin.
Beliau berkata, tujuh beradik itu telah kehilangan ibu dua tahun lalu kerana sakit dan disusuli ayah mereka yang meninggal dunia pada 31 Mac lalu kerana sakit.
Katanya, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah juga menyalurkan Tabung Bantuan Segera (TBS) RM300 kepada anak-anak yatim dan bermula pada Mei ini dan Bantuan Kanak-kanak (BKK) sebanyak RM450 akan diberikan kepada Fracisca.
Jainab (kiri) dan Bolkiah (kanan) merakamkan gambar bersama dengan tujuh anak yatim di Kampung Bongkol, Pitas.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas Datuk Bolkiah Ismail berkata, sebuah rumah akan dibina untuk anak-anak yatim itu melalui program ‘Touch Point’.
“Rumah itu akan dilaksanakan melalui Pejabat Daerah Pitas, ia akan dibina dengan peruntukan RM50,000 untuk membantu anak-anak ini mendapat kediaman yang selamat dan selesa,” katanya.
Hadir sama ialah Pegawai Daerah Pitas, Bubudan O.T Majalu dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. - Utusan Borneo

Tiada ulasan

Latest Articles