Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Pegawai pendakwa polis ditahan SPRM Tawau

Seorang pegawai polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tawau petang tadi atas dakwaan terbabit dalam rasuah denga...


Seorang pegawai polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tawau petang tadi atas dakwaan terbabit dalam rasuah dengan nilai suapan RM8,200.

Pegawai pendakwa di Mahkamah Tawau berpangkat inspektor itu didakwa meminta wang berkenaan sebagai dorongan bagi membebas dan mengurangkan hukuman ahli keluarga pengadu yang ditangkap atas kesalahan memiliki pedang samurai dan senapang angin. 

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Abdul Manap, berkata suspek berusia 32 tahun itu ditahan di Jalan Damai, Tawau pada jam 2.30 petang. 

Katanya, wang itu diterima secara berasingan pada Disember 2015, Januari lalu serta masing-masing kelmarin dan semalam. 

Suspek disiasat mengikut Seksyen 17a, Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah dan akan direman di Mahkamah Tawau, esok.

Tiada ulasan

Latest Articles