Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Sabah Bakal Jadi Hab Makanan Laut

KOTA KINABALU - Kementerian Pertanian dan Industri Makan negeri mahu menjadikan Sabah sebagai hab makanan laut termasuk menjadi pengelu...

KOTA KINABALU - Kementerian Pertanian dan Industri Makan negeri mahu menjadikan Sabah sebagai hab makanan laut termasuk menjadi pengeluar utama hasil dan produk perikanan, kata menterinya Datuk Seri Yahya Hussin.

Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata bagi merealisasikan rancangan itu, pelan tindakan dan fokus utama dilaksanakan melalui Jabatan Perikanan Sabah untuk meningkatkan lagi perdagangan makanan laut, sekali gus membantu meningkatkan ekonomi Sabah.

"Antara pelan tindakan yang dilaksanakan ialah meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dalam sektor perikanan dengan empat fokus strategik utama iaitu meningkatkan penyertaan pengeluar utama termasuk penternak dan nelayan di peringkat lebih tinggi dalam rantaian pemprosesan hiliran produk perikanan dan mengembangkan peluang pasaran bagi pengeluar tempatan.

"Selain itu, meningkatkan produktiviti pengusaha akuakultur kecil tempatan dan memupuk budaya inovasi serta kreativiti dalam kalangan pihak berkepentingan industri akuakultur tempatan," katanya ketika menjawab soalan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Charles O Pang Su Pin, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Beliau berkata rancangan untuk menjadikan Sabah sebagai hab makanan laut adalah selaras dengan objektif dan usaha Malaysia menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi dan mengutamakan kesejahteraan rakyat menjelang 2020.

Yahya berkata antara program utama yang turut diselaraskan Jabatan Perikanan Sabah ialah program subsektor akuakultur di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk membantu subsektor perikanan tangkap dan akuakultur dalam persaingan pasaran antarabangsa dan pembangunan produk perikanan tradisional.

"Buat masa ini terdapat empat syarikat peneraju di bawah Projek Permulaan 6 (EPP6) di bawah program NKEA ternakan udang berintergrasi di Sabah.

"Berdasarkan syarat kelulusan kerajaan, keempat-empat syarikat peneraju berkenaan perlu mengeluarkan pelaburan terlebih dahulu untuk membangun projek secara berintergrasi, meliputi pembangunan kolam pemeliharaan dan mewujudkan pusat penetasan serta mendirikan kilang pemprosesan.

"Dengan komitmen kempat-empat syarikat itu, ia akan menyediakan peluang pekerjaan bagi 4,351 orang dalam pelbagai kategori apabila projek-projek itu mula beroperasi sepenuhnya," katanya.

Selain itu, bagi membantu pengusaha subsektor akuakultur dan perikanan tangkapan dalam pasaran antarabangsa, Jabatan Perikanan turut melaksanakan strategi meningkatkan pendapatan kumpulan sasar.

Antara strategi itu adalah meningkatkan perluasan laluan pasaran produk hasil ternakan perikanan di peringakat antarabangsa melalui pematuhan keperluan eksport dari aspek biosekuriti serta keselamatan makanan.

-- BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles