Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Belia disaran pelbagaikan bidang untuk diterokai

MATUNGGONG : Golongan belia disaran agar lebih mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang yang bakal diceburi, kata Pegawai Kementerian Bel...

MATUNGGONG: Golongan belia disaran agar lebih mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang yang bakal diceburi, kata Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Pantai Barat Utara (PBU), Mat Rudin Baluan semasa Kursus Masakan Menu 1 Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau turut menyeru belia merebut peluang yang disediakan untuk memperbanyakkan ilmu pengetahuan demi masa depan diri dan keluarga.

Karanya lagi, para peserta juga tidak semestinya mempelajari teknik satu bidang sahaja sebaliknya perlu mempelbagaikan bidang agar boleh dijadikan pilihan apabila sudah sampai masanya memulakan perusahaan atau perniagaan.

Menurutnya, agensi kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah bukan sahaja menyediakan pelbagai jenis kursus untuk para peserta yang terdiri daripada belia tetapi turut menyediakan modal seperti juga institusi kewangan yang lain membolehkan para peserta kursus berpeluang memperolehi modal atau dana untuk memula atau memperbesarkan perniagaan masing-masing.

Tambahnya, rebut peluang selagi kamu masih mampu dan masih dalam kategori belia kerana apabila usia para peserta melebihi 40 tahun maka peluang keemasan yang disediakan bakal diberikan kepada orang lain yang bergelar belia.

Mat Rudin yang juga Pegawai KBSS Parlimen Kudat mewakili Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah, Haji Awang Damit Ag. Anak berkata demikian di Majlis Penutupan Kursus Masakan Menu 1 Malaysia Peringkat Daerah Kecil Matunggong di Dewan Terbuka Matunggong.

Terdahulu, ketua peserta kursus Puan Junainy Ondili antara lain mengucapkan terima kasih kepada KBSS Kudat kerana telah memilih mereka sebagai perserta dan memilih Daerah Kecil Matunggong sebagai tempat mengadakan kursus kali ini.

Peserta juga berjanji akan memanfaatkan apa yang dipelajari selama tiga hari demi masa depan dan keluarga masing-masing.

Kursus selama tiga hari itu disertai oleh 25 orang peserta 10 orang daripadanya belia lelaki dan mereka dibimbing oleh Mrs. Nancy Lim, dari School Of Cooking & Baking, Lintas Jaya Uptown Ship Kepayan, Kota Kinabalu.

Sepanjang majlis penutupan kursus tersebut para peserta menikmati slot santai peserta bersama tenaga penganjur dan para tetamu sambil dihiburkan oleh artis tempatan dari Kudat iaitu Mus Cilli Padi.

Hadir sama, Penolong Pegawai KBSS Parlimen Kudat, Sinuginjing Misarid, Wakil Ketua Daerah Kecil Matunggong Puan Ainie Sambuna, Aplasin Naim dan Cik Sitti Zaireenah dari KBSS Kudat. - NewSabahTimes

Tiada ulasan

Latest Articles