Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Helikopter bawa rombongan kenamaan terputus hubungan

KUCHING : Sebuah helikopter membawa rombongan kenamaan dilaporkan terputus hubungan sejak empat jam lalu ketika dalam penerbangan dari B...

KUCHING: Sebuah helikopter membawa rombongan kenamaan dilaporkan terputus hubungan sejak empat jam lalu ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching. 

Helikopter berkenaan yang dipercayai turut membawa pegawai kanan sebuah kementerian, sepatutnya di mendarat di Hangar Hornbill Skyways, di sini pada jam 5 petang tadi. 

Difahamkan, juruterbang memaklumkan menara kawalan lokasi mereka berada di sekitar kawasan Triso, Sebuyau sebelum terputus hubungan. Usaha sedang digerakkan bagi mengesan pesawat berkenaan. - BHarian Online

Updated : Enam individu termasuk seorang timbalan menteri dipercayai berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak.

Mereka yang dikatakan berada dalam helikopter itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah.

Turut sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Tiga yang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.
Sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi mStar Online berkata, helikopter berkenaan bertolak dari Betong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis.

Tiada ulasan

Latest Articles