KUALA LUMPUR : Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan, Zaidi Yazid, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya...
KUALA LUMPUR: Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan, Zaidi Yazid, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya semalam, dikatakan dikesan berada di Miri, Sarawak.
Perkembangan terbaru itu dimaklumkan anaknya, Zaheera Zaidi, menerusi akaun Facebook miliknya kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.
"Alhamdulillah berjaya dikesan di Miri, Sarawak. Keadaan stabil. Later (nanti) saya akan update (kemas kini) jika ada info (maklumat). Saya pun belum dapat detail (butiran) cerita sebenar. Terima kasih jasa baik kawan-kawan bantu saya kongsi di FB," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan ketika dihubungi BH berkata, pihaknya belum dapat mengesahkan perkara itu.
"Saya akan maklumkan perkembangan lanjut selepas mendapat pengesahan," katanya ringkas.
Zaidi dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas keluar rumah, 30 April dan kali terakhir dapat dihubungi pada jam 8 pagi, Ahad lalu.
Keluarganya kemudian melaporkan kehilangan Zaidi di Balai Polis Bandar Baru Bangi, pada jam 3.36 petang, semalam.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai 'orang hilang. - BHarian Online

Tiada ulasan
Catat Ulasan