Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Perintah Berkurung dilanjutkan

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di Pantai Timur Sabah akan memasuki fasa ke-42 selepas dilanjutkan bermula hari ini hingga 19 Mei 201...

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di Pantai Timur Sabah akan memasuki fasa ke-42 selepas dilanjutkan bermula hari ini hingga 19 Mei 2016.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun berkata, lanjut itu adalah untuk memastikan keselamatan perairan di kawasan berkenaan sentiasa terpelihara selain menjamin kesejahteraan penduduk, penyelidik dan pelancong asing.

"Perintah berkurung ke-41 berakhir hari ini selepas 14 hari pelaksanaannya," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, menerusi Seksyen 31(1) Akta Polis 1967 dan 31(4) akta sama, kerajaan melanjutkan perintah berkurung di tujuh daerah di Sabah.

"Antaranya Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

"Lanjutan ini juga dilaksanakan termasuk berlaku ancaman jenayah rentas sempadan terutama cubaan penculikan dari negara jiran," katanya.

Selain itu, Rashid berkata, pelanjutan ini dapat mengatasi penyeludupan dan jenayah rentas sempadan terutama di kawasan berhampiran sempadan negara.

Tiada ulasan

Latest Articles