Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Polis, ESSCOM Roboh Setinggan di Tawau

Ihsan Balai Polis Tawau Tawau: Sebanyak 30 rumah di kawasan penempatan setinggan atas air dirobohkan pasukan polis dan Kawasan Kesela...

Ihsan Balai Polis Tawau
Tawau: Sebanyak 30 rumah di kawasan penempatan setinggan atas air dirobohkan pasukan polis dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam Ops Bersepadu yang dilaksanakan di Kampung Titingan, awal pagi tadi.

Operasi yang bermula kira-kira jam 7 pagi itu‎ adalah lanjutan dari Ops Bersepadu yang dilakukan di kawasan sama semalam bagi meningkatkan tahap keselamatan dan membanteras kegiatan jenayah serta penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, operasi itu membabitkan pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasa di daerah ini.


"Sebanyak 30 rumah dirobohkan selepas dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan yang dihuni pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sembilan individu turut ditahan mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta imigresen 1959/63.

"Kerja perobohan dibantu dengan menggunakan kapal tongkang dan jentera pengorek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Fadil berkata, operasi itu akan diteruskan dengan pihak berkuasa di kawasan ‎lain dalam usaha menjadikan Tawau sebagai daerah selamat dan sejahtera.

Latest Articles