Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Abu Sayyaf bebas tawanan warga Norway

MANILA: Militan Abu Sayyap berkata mereka sudah membebaskan tebusan warga Norway, Kjartan Sekkingstad. Berita mengenai pembebasan tawana...

MANILA: Militan Abu Sayyap berkata mereka sudah membebaskan tebusan warga Norway, Kjartan Sekkingstad. Berita mengenai pembebasan tawanan terbabit berlaku beberapa jam selepas kumpulan militan itu berkata, ia masih menunggu wang tebusan untuk membebaskannya.

Jurucakap Abu Sayyaf, Abu Ramie berkata, tebusan itu diserahkan kepada komander Barisan Pembebasan Hadapan Moro (MNLF), Tahil Sali di perkampungan Barangay, Bud Pula di bandar Patikul kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan. 

Sekkingstad diculik Abu Sayyaf dari sebuah marina di Pulau Samal di Davao del Norte pada September tahun lalu. 

Dua warga Kanada, John Ridsdel dan Robert Hall, yang diculik bersamanya dipenggal militan terbabit awal tahun ini kerana gagal membayar wang tebusan. 

Ogos lalu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mendedahkan secara tidak sengaja, pentadbiran negara itu membayar 50 juta peso (RM4.14 juta) wang tebusan kepada militan terbabit untuk membebaskan warga Norway itu.

Akhbar The Philippines Inquirer melaporkan, pagi ini, Ramie dilaporkan berkata, tebusan itu sudah bersedia untuk dibebaskan sejak malam semalam, namun penghantaran wang tebusan sebanyak 30 juta peso (RM2.59 juta) masih belum dibayar. - Agensi

Tiada ulasan

Latest Articles