Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Cili termahal di dunia terdapat di Austria

VIENNA - AUSTRIA: Cili termahal di dunia kini mula dituai oleh petani daripada kampung Frauenkirchen, di Austria. Diberi nama Charapit...

VIENNA - AUSTRIA: Cili termahal di dunia kini mula dituai oleh petani daripada kampung Frauenkirchen, di Austria.

Diberi nama Charapita, cili ini tidak boleh dimakan ketika ia masih segar kerana rasanya yang terlalu pedas. Oleh itu, kebiasaannya Charapita akan diproses menjadi cili kering.

“Cili ini sangat unik kerana memerlukan iklim yang sangat panas dan limpahan kasih sayang untuk tumbuh subur,” katanya seperti yang dipetik menerusi presstv.com.

Charapita dikatakan rempah yang meraih populariti dalam masa singkat.

Ini kerana rasanya yang berbeza daripada cili biasa atau cili yang pernah ditemui sebelum ini.

Seperti safron dan vanila, Charapita tergolong dalam kumpulan rempah yang paling mahal di dunia dan dijual dengan harga bermula AS$25,000 (RM103,148.75) hingga AS$34,000 (RM140,250).

Cili yang dihasilkan menjadi rempah ini mendapat permintaan luar biasa dalam kalangan chef terkemuka di seluruh restoran mewah.

Latest Articles