Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Ibu Susu Anak Ketika Memandu Disaman

BEIJING: Seorang wanita di China bukan sahaja tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu, tetapi turut menyusukan bayinya semas...

BEIJING: Seorang wanita di China bukan sahaja tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu, tetapi turut menyusukan bayinya semasa ditahan anggota polis, baru-baru ini.

Portal People's Daily Online melaporkan, kejadian itu berlaku di Chongqing pada 22 September lalu apabila wanita yang tidak dinamakan tersebut mengaku dia terpaksa berbuat demikian kerana bayinya menangis.

Malah katanya, dia menyusukan anaknya ketika terperangkap di dalam kesesakan lalu-lintas. Bagaimanapun, polis enggan menerima alasan itu sebaliknya mengeluarkan saman kerana membahayakan nyawa dia dengan anaknya dengan berbuat demikian.

Wanita terbabit disaman sebanyak 200 yuan (RM123) atas kesalahan melanggar peraturan jalan raya. Aksinya melakukan kesalahan tersebut turut dirakamkan oleh anggota polis terbabit.

Video selama 51 saat itu yang dikongsi dalam laman sosial Facebook turut menjadi perbualan hangat sesama pengguna.

Seorang pengguna dikenali sebagai Choo Choo berkata, wanita itu perlu menghentikan kereta untuk menyusukan anaknya.

Namun ada pihak cuba membela nasib wanita itu apabila seorang lagi pengguna Facebook, Richard Tan berkata, polis sepatutnya membantu wanita berkenaan, bukannya mengeluarkan saman.

"Itulah masalah yang dihadapi ibu yang bekerja," kata seorang lagi pengguna bernama Farhat Bashir.

Latest Articles