Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

JPN Rancang Naik Kadar Fi MyKad Tak Dituntut

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merancang untuk menaikkan kadar fi terhadap rakyat negara ini yang yang gagal menuntut kad p...

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merancang untuk menaikkan kadar fi terhadap rakyat negara ini yang yang gagal menuntut kad pengenalan atau MyKad yang telah siap.

Pada masa ini, bayaran fi kerana tidak menuntut kad pengenalan sehingga ia terpaksa dilupuskan adalah RM20, dan ia dikenakan semasa permohonan gantian baharu MyKad, dengan tambahan RM10 iaitu bagi fi permohonan dan RM10 lagi bagi fi proses gantian.

Ketua Pengarah JPN, Mohd Yazid Ramli berkata, pada masa ini kadar berkenaan masih di tahap rendah, menyebabkan pemohon tidak menganggap kad pengenalan itu dokumen diri yang penting dan perlu segera dituntut.

“Bila ada usaha untuk menaikkan denda, mungkin mereka akan beri lebih perhatian untuk tuntut kad pengenalan tersebut,” katanya dalam temuramah bersama mStar Online di sini.

Mohd Yazid berkata, sehingga kini, sebanyak 24,458 kad pengenalan atau MyKad yang tidak dituntut di seluruh negara bagi tempoh 2013 hingga 2015. Daripada jumlah itu, tiga negeri yang mencatatkan jumlah tertingi ialah Selangor (5,757), Kuala Lumpur (2,844) dan Johor (2,355).

Menurut Mohd Yazid, kenaikan kadar fi itu antara usaha JPN yang kini masih dalam peringkat cadangan sebelum dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri. Selain menaikkan kadar fi, beliau tidak menolak kemungkinan untuk memendekkan tempoh tuntutan dokumen itu selama tiga tahun.

Bagaimanapun katanya, perkara itu hanya akan diteliti selepas hasil keputusan JPN mengeluarkan surat peringatan berhubung tuntutan kepada pemohon lebih awal. “Pada masa akan datang, surat peringatan akan dikeluarkan apabila kad pengenalan telah siap dan sedia untuk dikutip,” katanya.

JPN sebelum ini menghantar surat peringatan berhubung kad pengenalan telah siap, kepada pemilik dua bulan sebelum tamat tempoh tiga tahun. Mohd Yazid menyifatkan tempoh tuntutan kad pengenalan selama tiga tahun adalah agak lama memandangkan setiap negeri mempunyai banyak pejabat JPN.

“Kita ada 230 pejabat JPN, boleh dikatakan setiap daerah ada. Jadi, tak adalah alasan untuk kata susah nak ambil (kad pengenalan),” katanya. Bermula Oktober 2014, tempoh tiga tahun itu dilanjutkan dari dua tahun bagi memberi ruang kepada orang ramai untuk menuntut kad pengenalan mereka.

Bagaimanapun, masih ramai lagi yang tidak membuat tuntutan selepas tempoh lanjutan dilaksanakan. Ditanya mengenai punca tuntutan tidak dibuat, Mohd Yazid berkata, antaranya ialah kad pengenalan lama yang hilang tetapi telah dijumpai semula.

“Saya ingin menegaskan bahawa adalah menjadi kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) dan 25(1)(fa) PPPN 1990, Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) untuk mana-mana individu yang dengan sengaja menggunakan semula kad pengenalannya, yang telah dilaporkan hilang tetapi dijumpai semula, dan tidak memulangkannya kepada JPN untuk pembatalan. 

 “Kad pengenalan lama mereka akan dinyahaktifkan, manakala bagi pemohon yang tidak membuat tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan, kad pengenalan berkenaan akan dilupuskan,” katanya.

Latest Articles