PHENOM PENH: Seorang rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh yang dalam perjalanan ke Macau pada 12 Septe...
Ahmad Johari Chung yang berasal dari Sabah berusia 23 tahun tiba di lapangan terbang berkenaan pada tengah hari dan ditahan di pintu masuk berlepas, selepas seorang pegawai polis lapangan terbang yang enggan namanya disiarkan mengesyaki ada sesuatu di bahagian tubuh suspek.
"Polis mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan badan dan menjumpai serbuk putih yang diikat pada pahanya. Selepas melakukan ujian polis ia adalah heroin. Suspek dihantar ke jabatan anti-dadah.
Seorang pegawai kanan di jabatan anti dadah Kementerian Dalam Negeri berkata, suspek telah disoal siasat namun enggan mengulas lanjut kerana ia mungkin akan menjejaskan siasatan kes berkenaan.
"Kami menyoal suspek di sini untuk mengetahui dalang sebenar kerana dia hanyalah seorang penghanta. Beliau bekerjasama dengan kami", kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan. BS Online/Phnom Penh