Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Kes Viral di Tawau Selesai, Lelaki Dituduh di Mahkamah

Tawau : Seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun bakal berdepan hukuman penjara jika disabitkan bersalah di bawah Seksyen 420 Kanun Kese...

Tawau: Seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun bakal berdepan hukuman penjara jika disabitkan bersalah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dia yang melakukan kesalahan memperdaya seorang juruwang dengan mengambil sejumlah wang telah dituduh di mahkamah pada hari ini.

Siasatan pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Tawau (BSJKD) dimulakan sejurus laporan dibuat oleh juruwang berkenaan.

Hasil intipan dan risikan BSJKD, lelaki tersebut akhirnya ditahan dan siasatan lanjut diteruskan yang membawa kepada pertuduhan di mahkamah.

Dengan tertangkapnya lelaki tersebut, BSJKD telah berjaya menyelesaikan kes berkenaan yang menjadi bualan hangat netizen.

Kes tersebut juga mendapat kongsian lebih kurang 900 pengguna laman sosial “Facebook”.

Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika melakukan sebarang transaksi melibatkan duit dengan mana-mana pihak.

Pihak polis juga mengharapkan kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes tersebut. - Polis Daerah Tawau

Latest Articles