Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Lapan PATI dicekup di Sandakan

Sandakan: Lapan lelaki dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyeludup masuk ke daerah ini gagal selepas ditahan Pa...

Sandakan: Lapan lelaki dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyeludup masuk ke daerah ini gagal selepas ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan di perairan Pulau Nunuyan, dekat sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam tadi, semua suspek berusia 21 hingga 48 tahun itu ditahan ketika sedang menaiki bot laju dari arah Pulau Taganak Filipina ke Sandakan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, pihaknya yang sedang menjalankan rondaan terserempak dengan bot laju dalam keadaan mencurigakan itu lalu segera memintas.


"Pemeriksaan dijalankan dan semua mereka gagal menunjukkan pengenalan diri yang sah. Mereka dipercayai berasal daripada Filipina.

"Semua suspek dan barang rampasan bernilai RM9,000 kemudiannya dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakn untuk tindakan lanjut,"katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63. - HMETRO ONLINE

Tiada ulasan

Latest Articles