KOTA KINABALU : Polis masih menyiasat sama ada lelaki berusia 33 tahun yang ditahan bersama 30 butir peluru hidup di Sandakan, Selasa ...
KOTA KINABALU: Polis masih menyiasat sama ada lelaki berusia 33 tahun yang ditahan bersama 30 butir peluru hidup di Sandakan, Selasa lepas, mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan militan di selatan Filipina.
Ini adalah sebahagian daripada siasatan kami," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman.
Polis turut menahan anak perempuan lelaki terbabit berusia 13 tahun dalam serbuan di rumah tidak bernombor di Kampung Mangkalinau, kira-kira enam kilometer dari bandar Sandakan.
Selain tiga kelopak peluru M16 dan 30 peluru M16, polis juga merampas sebilah pedang berserta sarung dengan anggaran panjang 65cm termasuk hulu pedang.