Lahad Datu: Lelaki dikhuatiri maut dibaham buaya ketika memukat ikan di Sungai Simpang Putih di sini, petang tadi. Difahamkan, mangsa ...
Lahad Datu: Lelaki dikhuatiri maut dibaham buaya ketika memukat ikan di Sungai Simpang Putih di sini, petang tadi.
Difahamkan, mangsa yang berusia 20-an sedang memukat ikan bersama bapanya namun tiba-tiba ditarik sebelum dibaham buaya.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Mohd Affendy K Ramin berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 6.03 petang dan sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian.
"Maklumat awal menyatakan mangsa dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Simpang Putih sebelum pemanggil menghubungi pihak bomba.
"Sebuah jentera bersama satu kenderaan Perkhidmatan Anggota dan Penyelamat Paramedik (EMRS) turut dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.