Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Mana Ada Tahan Abu Sayyaf

Kinabatangan: Polis menyangkal dakwaan berhubung penahanan dua anggota militan Abu Sayyaf dari negara jiran seperti yang diviralkan di l...

Kinabatangan: Polis menyangkal dakwaan berhubung penahanan dua anggota militan Abu Sayyaf dari negara jiran seperti yang diviralkan di laman sosial sejak pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supritendan A Sahak Rahmat berkata, polis menafikan kejadian itu berlaku di daerah berkenaan dan meminta orang ramai untuk segera berhenti mempercayai khabar angin terbabit.

"Tiada sebarang kejadian seperti didakwa di mana dalam maklumat berkenaan, polis daerah ini dikatakan menahan dua anggota militan Abu Sayyaf yang kononnya melarikan diri dari negara jiran.

"Kita juga meminta orang ramai supaya tidak mempercayai atau menyebar maklumat yang disebar melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook berhubung perkara ini kerana dikhuatiri akan menggangu kententeraman awam," katanya.

Menurutnya, orang ramai turut diminta menghubungi polis bagi mendapatkan sebarang maklumat yang sahih untuk mengelakkan kekeliruan.

Tiada ulasan

Latest Articles