Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Nekad Minum Cecair Peluntur

KUCHING: Gara-gara putus cinta, seorang lelaki nekad meminum cecair peluntur di rumahnya di kawasan Sungai Apong di sini, malam kelmarin...

KUCHING: Gara-gara putus cinta, seorang lelaki nekad meminum cecair peluntur di rumahnya di kawasan Sungai Apong di sini, malam kelmarin.

Menurut sumber, mangsa berusia 31 tahun itu mengurung diri di dalam bilik tidurnya sekitar jam 7.30 malam dan mula meminum cecair peluntur tersebut.

Akibat kesakitan, mangsa kemudian keluar dari bilik dan terus memaklumkan kepada ahli keluarganya mengenai tindakannya itu menyebabkan keluarganya terpaksa mendapatkan bantuan ambulans.

“Terdahulu, teman wanita mangsa telah memutuskan hubungan mereka menyebabkan dia kecewa dan dikatakan nekad meminum kira-kira 100 mililiter cecair peluntur.

“Bagaimanapun, mangsa yang menyesal akan tindakannya (meminum cecair) selepas mengalami kesakitan kemudian memberitahu keluarganya dan kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulans,” kata sumber.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih menerima rawatan di HUS.

Latest Articles