KOTA BELUD: Dua orang wanita terseliuh di bahagian pergelangan kaki ketika menuruni Bukit Kinasaraban semasa menjalankan aktiviti mendak...
KOTA BELUD: Dua orang wanita terseliuh di bahagian pergelangan kaki ketika menuruni Bukit Kinasaraban semasa menjalankan aktiviti mendaki, di sini, hari ini.
Mangsa Rasibah Binti Mangkoi, 28, dan Siti Balqis Binti Samsudin, 47 mengalami kecederaan kerana tergelincir ketika menuruni bukit berkenaan.
Menurut pihak bomba, pihak bomba telah menerima panggilan dari orang awam bagi memaklumkan kes berkenaan pada jam 12.16 tengahari dan tiba di lokasi kejadian sejauh 12 kilometer itu pada jam 12.40 tengahari.
Pasukan bomba seterusnya menjalankan operasi menyelamatkan mangsa dengan membawa mangsa turun menggunakan pengusung ke tempat selamat dan seterusnya dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Operasi yang diketuai oleh PBKII Sablee bin Hj Amit itu tamat pada jam 4.55 petang.