BINTULU: Sebuah kapal tunda dan baj membawa muatan minyak sawit berjumlah 2,499 tan metrik dengan nilai RM14.99 juta dirompak sekumpulan...
BINTULU: Sebuah kapal tunda dan baj membawa muatan minyak sawit berjumlah 2,499 tan metrik dengan nilai RM14.99 juta dirompak sekumpulan perompak yang bersenjata parang pada jarak 262 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu, jam 8.30 malam kelmarin (Selasa, 25 Oktober).
Kumpulan itu dipercayai menghampiri bot terbabit mengguna dua bot kayu sebelum mengambil peralatan komunikasi, barangan peribadi kru termasuk sejumlah minyak diesel dalam bot tunda Ever Ocean Silk dan baj Ever Giant serta muatan minyak sawit yang masih dalam siasatan.
Pengarah Maritim Daerah Bintulu Kapten Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) D12 Bintulu menerima laporan kes rompakan terhadap bot tunda dan baj yang dilapor terputus hubungan dan disedari pemiliknya, Syarikat Pengangkutan Kekal Sdn Bhd berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah jam 9.20 pagi semalam.
“Bimbang keadaan itu, pemilik menghubungi APMM untuk membantu menjejaki dan menyiasat kejadian,” katanya pada sidang media di pejabat APMM D12 di sini semalam yang turut dihadiri Timbalan Pengarah APMM (Operasi) DM12 Bintulu Leftenan (M) Mohd Fadzil Samdin.
Jelasnya, APMM menghantar tiga aset membabitkan Kapal Maritim (KM) Tabah, KM Jepak dan Penggalang 33 bagi mengesan dan menyelamat kru bot berkenaan.
Kata Kapten Aminuddin, jangkaan awal pihaknya kemungkinan bot berkenaan dirampas dan komunikasi terakhir pemilik menggunakan satelit mengesannya mendapati ia telah hilang.
“Bagaimanapun, kami menjumpai bot tunda dan baj itu di lokasi 30 batu nautika dari Tanjung Kidurong jam 3.25 petang semalam. Kami menunggu ia tiba di Pelabuhan Bintulu malam ini untuk siasatan lanjut terhadap kru termasuk mengenal pasti bahasa serta identiti perompak.
“Bot itu sebenarnya dalam perjalanan dari Lahad Datu, Sabah, 20 Oktober lalu jam 6.15 pagi menuju ke destinasi terakhirnya di Pelabuhan Klang pada 1 November ini,” katanya.
Beliau berkata perompak itu dipercayai menggunakan dua bot kayu namun jumlah perompak tersebut tidak dapat dipastikan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Kami menubuhkan pasukan forensik bagi mendapatkan cap jari di atas bot dan baj, membongkar seberapa banyak maklumat dan akan mengambil keterangan semua mangsa.
“Jumlah kerugian juga masih dalam siasatan dan usaha menjejaki kumpulan perompak itu diteruskan,” tegasnya. Beliau berkata, pihaknya mengambil serius kes berkenaan dan meningkatkan rondaan dari semasa ke semasa bagi mengelak kejadian berulang.
“Kami percaya semua perompak mungkin telah ada di darat. Pihak APMM akan menyiasat secara menyeluruh mengenai sasaran penjualan, pergerakan, posisi kapal terutama aspek muatan yang mudah diketahui perompak.
“Kita melihat banyak sudut termasuk mengetahui bagaimana maklumat mengenai kapal itu diketahui perompak,” katanya sambil menambah, kru bot tunda terbabit termasuk jurumudinya merupakan warga Indonesia.
Jelasnya, dalam kejadian itu tiada kecederaan dilaporkan dan semua kru selamat tetapi dalam keadaan trauma.