Keningau: Padah melepaskan tembakan selepas berang dengan bapa saudaranya berkaitan hal tanah, seorang lelaki ditahan di Kampung Donggil...
Keningau: Padah melepaskan tembakan selepas berang dengan bapa saudaranya berkaitan hal tanah, seorang lelaki ditahan di Kampung Donggiluang, Apin-Apin, di sini, 2.30 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengatakan terdengar bunyi satu tembakan.
"Bertindak atas maklumat berkenaan, anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau ke lokasi kejadian.
"Seorang lelaki ditahan dan hasil soal siasat, dia mengaku memiliki selaras senjata api buatan sendiri jenis bakakuk dan melepaskan tembakan.
"Pemeriksaan di rumah suspek juga mendapati keadaan berselerak selain cermin tingkap pecah," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek berang dengan bapa saudaranya berikutan pertengkaran berkaitan hal tanah sehingga suspek melepaskan tembakan untuk menakut-nakutkan mangsa.
"Tiada yang cedera dan suspek seorang penganggur kemudian ditahan manakala bakakuk yang disorok di bawah longgokan kayu berhampiran rumahnya turut dirampas.
"Suspek berusia 32 tahun direman sehingga 5 Oktober mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 kerana melepaskan tembakan di kawasan tidak dibenarkan," katanya.