MANILA: Sekurang-kurangnya 14 terkorban dalam pertempuran sengit antara tentera kerajaan dan pemberontak di selatan Filipina, kata tente...
MANILA: Sekurang-kurangnya 14 terkorban dalam pertempuran sengit antara tentera kerajaan dan pemberontak di selatan Filipina, kata tentera.
Jurucakap tentera, Mejar Filemon Tan, berkata antara yang terkorban adalah 10 pemberontak Abu Sayyaf, walaupun tentera hanya menemui tiga mayat.
Baki empat yang terbunuh dan sembilan lain yang cedera adalah tentera kerajaan,” katanya.
Tan berkata, pertempuran bermula ketika unit tentera bertembung sebilangan 150 militan di bandar Patikul, wilayah Sulu dan berbalas tembakan hingga militan berundur.
Tentera kemudian menggempur kedudukan pemberontak dengan tembakan meriam dan mendirikan pusat pemeriksaan dalam usaha memburu pemberontak.
Militan Abu Sayyaf, kumpulan yang disenarai hitam oleh Amerika Syarikat (AS) dan organisasi pengganas Filipina, pernah menahan berpuluh-puluh tawanan tempatan dan luar negara. – AP/BH Online
Tiada ulasan
Catat Ulasan