Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Lahad Datu: Jalan merekah, terbelah Bukan Disebabkan Gempa Bumi

Lahad Datu: Kejadian jalan merekah dan terbelah di Jalan FELDA Sahabat 16 di sini, semalam bukan disebabkan oleh gempa bumi, kata Ketua ...

Lahad Datu: Kejadian jalan merekah dan terbelah di Jalan FELDA Sahabat 16 di sini, semalam bukan disebabkan oleh gempa bumi, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad.

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada tanah mendap berikutan hujan lebat di daerah ini, termasuk di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.

“Kejadian itu berlaku pada pagi semalam dan ia bukan kerana gempa bumi seperti viral di media sosial.

Kerja pembaikan jalan terbabit kini giat dijalankan oleh pihak yang berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah membina laluan alternatif di bahu jalan berkenaan untuk kemudahan pengguna.

 Lokasi kejadian terletak lebih 100 kilometer dari bandar ini.

Latest Articles