Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

China musnahkan gereja besar kristian

BEIJING: Pihak berkuasa di utara China memusnahkan gereja besar Kristian dalam tindakan yang diselar pelbagai kumpulan hak asasi berag...


BEIJING: Pihak berkuasa di utara China memusnahkan gereja besar Kristian dalam tindakan yang diselar pelbagai kumpulan hak asasi beragama sebagai tindakan seolah-olah seperti memerangi Taliban.
Secara rasminya, China adalah negara atheis dengan pihak berkuasa di negara itu amat bimbang dengan pergerakan di luar kawalan mereka termasuk kumpulan agama.
Gereja besar Golden Lampstand yang dicat dengan warna kelabu, dikelilingi banyak menara serta lambang salib besar berwarna merah terletak di Linfen, wilayah Shanxi.
Akhbar Global Times memetik pegawai tempatan yang tidak dinamakan sebagai berkata, tindakan merobohkan bangunan itu bermula pada Selasa lalu di bawah kempen meluas di seluruh bandar terbabit untuk memusnahkan bangunan haram.
"Seorang penduduk Kristian menawarkan tanah pertaniannya kepada pertubuhan Kristian tempatan dan mereka membina gereja dengan samaran membina gudang," kata pegawai itu.
Jabatan perumahan tempatan menghentikan pembinaan gereja itu pada 2009 apabila ia hampir siap, kata beliau.
Beberapa ahli kumpulan Kristian kemudian dipenjara, kata pegawai itu lagi.
"Pasukan besar polis tentera digerakkan untuk memantau kerja pemusnahan itu yang menggunakan banyak letupan di bawah bangunan gereja ini," kata Presiden kumpulan hak asasi agama di Amerika Syarikat ChinaAid Association, Bob Fu.
"Ia seperti operasi menentang Taliban dan Daesh terhadap gereja yang aman," katanya sambil menambah kira-kira 50,000 anggota keselamatan terbabit. - AFP

Tiada ulasan

Latest Articles