Usaha Mohd Hafiedz Harun, 34, untuk menyelamatkan anaknya yang lemas berakhir dengan dia turut lemas dan nasib sama turut menimpa abang...
Usaha Mohd Hafiedz Harun, 34, untuk menyelamatkan anaknya yang lemas berakhir dengan dia turut lemas dan nasib sama turut menimpa abangnya dalam kejadian meragut nyawa tiga bersaudara di Pantai Pandak, Chendering, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, ketiga-tiga mangsa berkelah bersama 35 orang daripada tujuh keluarga yang berkumpul sempena cuti sekolah.
Kejadian berlaku apabila Mohd Hafiedz cuba menyelamatkan anaknya, Mohd Adam Daniel, 7, yang dihanyutkan arus ketika mandi. Bagaimanapun, disebabkan ombak besar, Mohd Hafiedz turut lemas sebelum abangnya, Saifuddin, 49, yang terjun ke laut untuk menyelamatkan dua beranak itu turut terkorban.
Selain mereka bertiga, dua lagi iaitu Burhanuddin Helmi, 43, yang juga adik kepada Saifudin dan iparnya, Ahmad Idzaham Tayyib, 41, turut lemas, namun berjaya diselamatkan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini. Bapa mentua Mohd Hafiedz, Musa Mohamad, 70, berkata sebelum kejadian, dia mengetahui anak dan menantu serta beberapa lagi saudara-mara mereka bercadang berkelah di pantai berkenaan sempena cuti sekolah. - my Metro
Bincang di facebook
Bincang di facebook