Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Datuk Siti Ikon Askar Wataniah

Cadangan Datuk Siti Nurhaliza Sebagai Ikon Askar Wataniah KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nu...

Cadangan Datuk Siti Nurhaliza Sebagai Ikon Askar Wataniah

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurahaliza Taruddin berkemungkinan dijadikan Ikon Askar Wataniah bagi menarik minat golongan muda menyertai pasukan simpanan itu.

Perkara ini dinyatakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kementeriannya akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

"Pelantikan Datuk Siti sebagai ikon Askar Wataniah akan dibincangkan segera di dalam mesyuarat Majlis Angkatan Tentera sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah) untuk mendapat perkenan baginda," katanya.

Beliau berucap pada majlis pemakaian pangkat pegawai kehormat pendukung askar Wataniah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pemakaian pangkat pegawai sukarela di Kem 515 Askar Wataniah di Jalan Padang Tembak di sini.

Majlis turut dihadiri Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. Ahmad Zahid berkata pihaknya akan meneliti pangkat kehormat yang akan dianugerahkan kepada Siti Nurhaliza.

Katanya penyertaan artis tersebut dijangka mampu menarik minat golongan muda serta profesional menyertai pasukan simpanan itu terutama di kalangan peminatnya sendiri.

Beliau berkata bagi menarik minat golongan muda menyertai pasukan tersebut, pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan termasuk mewujudkan skim insurans berkelompok serta menaikkan elaun bulanan kepada anggotanya.

Ahmad Zahid berkata Kementerian Pertahanan menyasar nisbah 1:2 bagi askar tetap dan Wataniah menjelang tahun 2020 selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan lebih ramai askar simpanan.

Beliau berkata sasaran itu dapat dicapai sekiranya penglibatan golongan profesional dan anak muda dapat ditarik bagi menyertai rejimen itu bermula sekarang.

"Kita mensasarkan nisbah ini menjelang 2020 bagi membentuk satu pasukan askar simpanan yang mantap bagi membantu askar tetap sekiranya diperlukan pada bila-bila masa. Sebagai barisan kedua pertahanan negara, penglibatan golongan muda dan profesional amat ditagih bagi menyertai rejimen ini," katanya.

Di majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan anugerah pentauliahan Mejar (Kehormat) kepada Profesor Dr Chin Yew Sin dan Lee Yeow Seng serta menyampaikan anugerah pentauliahan kepada empat pegawai sukarela dengan Pangkat Leftenan Muda kepada Nurhidayah Ahmad Zahid, Mehrzad Yasmin Malik Abdul Malik, Mustaza Abdul Hamid dan Kamal Faridz Mohd Noor.

-- BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles